Sutera Ganu Kita

Thursday, January 08, 2009

The Grave....

Assalamualaikum,
It has been a long time since the last time I wrote here. So, for today, i have a story to share with all my frenz. The story entitled THE GRAVE...

27 Dec 2008
Pada hari tersebut, Kaira keluar dr rumahnya agak awal. Bukan sajer nak keluar awal, tapi ade temujanji perlu dipenuhi yang memaksa beliau bertolak awal ke bandar Chini.

Jam menunjukkan pukul 2.30 ptg. Setibanya di tempat yang dijanjikan, Hazril sudah sedia menunggu untuk ke lokasi seterusnya. Masih terngiang2 di telinga Kaira dengan permintaan Hazril supaya pertemuan pada hari ini perlu dilakukan demi untuk membongkar kisah silamnya.

Mereka bertemu mata di situ dan Kaira terus tidak membuang masa dan menuju ke tempat yang di arahkan oleh Hazril. Terus dan terus sehingga menuju ke simpang. Memasuki simpang, hati Kaira dilanda rasa agak berdebar memandangkan keadaan di situ dipenuhi semak. Di kuatlan hati dan berdoa agar semuanya selamat. Prasangka buruk dibuangnya jauh2.

Terus maju memandu ke hadapan, mata Kaira terhenti apabila dihadapannya kini adalah kawasan tanah perkuburan. Tatkala itu juga, matanya terhenti di situ. Persoalan demi persoalan bermain di fikiran Kaira. Apa sebenarnya kisah silam Hazril yang ingin diceritakan kepadanya?

Hazril memandang sejenak ke wajah penuh seribu tanda tanya Kaira. Seperti sudah di agak reaksi wajah sebegitu akan dipamerkan oleh Kaira.Masakan tidak, tempat yang akan dibawanya nanti adalah sesuatu yang pasti akan mengundang satu kejutan buat Kaira..

Hazril mengarahkan Kaira menyusuri kubur di situ. 5 langkah ke hadapan, Hazril menunjukkan satu kubur. Di suruhnya Kaira membaca tulisan yang terpapar di kandang kubur. Lama Kaira memerhati seraya cuba membacanya, tapi sukar benar untuk difahami lantaran tulisan jawi tersebut agak kabur. Mungkin kerana telah lama dimamah masa.

Tatkala Kaira kelihatan terkebil-kebil gagal membaca tulisan tersebut, terus Hazril berpesan agar tulisan itu di baca semula nanti. Disuruhnya Kaira duduk sambil menyedekahkan bacaan Quran kepada tuan punya kubur. Tapi kubur siapa? Persoalan itu masih berlegar-legar di benak Kaira.

Tanpa membantah, Kaira hanya menurut. Selesai membaca ayat2 suci, mereka berangkat pulang. Tatkala itu, Kaira diam seribu bahasa. Keadaan ini berbeza kerika mereka di dalam perjalanan ke destinasi ini tadi.

Dalam hati Kaira, dia 'speechless' dengan apa yang berlaku tadi. Kenapa dan mengapa di bawanya ke tempat sebegitu? Kubur siapa yang dikunjunginya tadi? Soalan2 itu berlegar2 dibenaknya.

Kaira meneruskan pemanduan. Dalam kedaan sunyi sepi begitu, Hazril menegur.

"Kenapa diam?" tanya Hazril.
"Tak tahu nak cakap apa"jawab Kaira.

Keadaan sunyi sepi dalam kereta berterusan sehingga hampir 10 minit. Seraya sudah ketemui kekuatan, Kaira bersuara.

"Tadi tu sebenarnya kubur siapa?"

"Sebenarnya itulah kubur arwah isteri saya...saya pernah cakap kat awk dulu, hati saya sudah lama mati..bersama kasih sayang saya pada arwah"kata-kata Hazril terlontar juga memecahkan persoalan di benak Kaira dan terputus di situ.

Hazril menghela nafas lantas menyambung.

"Kisah silam saya itu la yang saya maksudkan perlu untuk diberitahu pada awk...lama saya berfikir sebelum mengambil keputusan untuk membuka cerita itu pada awk...jangan salah paham, sebab saya tak pernah berniat untuk melambat2kan membuka cerita ini memandangkan saya sendiri mahu mencari kekuatan untuk menyelak kembali cerita sedih ini. Saya juga tak mahu sekelumit pun dicopkan seolah2 mahu meraih simpati dengan cerita sebegitu. Tambah lagi, saya sendiri sudah tekad hanya akan membuka kisah ini kepada seseorang yang saya yakin mahu menjadi isteri saya. Kaira,perit sebenarnya nak buka kisah ni sebab ia membangkitkan kembali memori sedih saya bersama arwah yang sudah lama saya cuba lupakan..."ujar Hazril panjang lebar.

Ceritanya diteruskan.

"Ya, saya pernah berkahwin sebelum mengenali awak, tapi memang saya tak berbohong tatkala saya mengatakan saya SINGLE memandangkan itu lah status saya sekarang setelah arwah isteri saya dijemputNya di waktu usia perkahwinan kami baru jer 3 bulan.."sambung Hazril.



"Maafkan saya andai perkenalan kita memaksa awk membuka kisah sedih ini semula...tapi arwah sakit apa?"tanya Kaira dalam perasaan bercampur baur. Bersalah dan bersimpati silih berganti.

"Komplikasi jantung. Sebelum kami kahwin, dia tak pernah ada sejarah atau mengidap penyakit ini. Saya redha walaupun kehilangannya sekelip mata pernah hampir buat saya hilang arah"Hazril menyambung.

"Walaupun jodoh kami hanya 3 bulan, tapi saya berpuas hati sebab dapat menjaga, menguruskan diri dia dari mula dia sakit sehingga dia nazak.Paling utama, saya dapat uruskan jenazahnya walaupun sedihnya di hati hanya Tuhan yang tahu...semua saya lakukan sepenuh hati sebagai tanda kasih sayang saya padanya."tenang Hazril bercerita.

Kaira disebelahnya sudah mula bergenang air mata. Tak sanggup lagi rasanya untuk mendengar cerita sepilu itu dr mulut Hazril. Tak pernah disangkanya, dengan gelak tawanya selama berkawan, rupa2nya Hazril menyimpan kisah silam yang begitu meruntun perasaan. Kuat benar insan bernama Hazril ini.

"Saya dah cerita kisah silam saya. pada saya itu la cerita yang belum pernah saya bagi tahu kat awk. Lepas ni, terserah pada awk untuk menilai dan membuat keputusan samada utk teruskan persahabatan dengan saya setelah awak tahu status sebenar saya..."kata Hazril lagi.

Lama diam, kemudian Kaira menjawab.

"Hazril, saya nak awak dengar betul2 apa yang saya nak katakan ni. Sebelum saya tahu kisah sebenar awak hari ni, hati saya sudah saya serah pada awk. Sebab saya yakin saya telah ketemu seseorang yang boleh menyayangi dan menerima saya seadanya saya. Walaupun tempoh perkenalan kita masih muda, tapi saya dapat rasakan keserasian antara kita wujud. Awak menyenangkan dan membahagiakan saya. Dan kisah yang awk ceritakan hari ini, langsung tidak memberi kesan pada hati saya...insya-ALLAH, hati saya masih pada awk.." jawapan itu terlontar diiringi esakan tangis syahdu dari Kaira.

"Alhamdulillah, kalau itu yang awk putuskan, saya bersyukur. Sebenarnya saya sudah bersedia untuk menerima segala kemungkinan setelah mengambil keputusan bawa awk ke kubur arwah isteri saya hari ni. Saya redha andai awk tak dapat terima saya...", kata Hazril pula.

Hazril menyambung lagi.

"Lepas ni saya nak bawak awk jumpa mak saya. Saya yakin saya dah jumpa pengganti untuk menjadi suri dalam hidup saya..." tuturnya lembut dalam nada suara kelegaan.

Kaira tersenyum. Di dalam hatinya, berbunga riang. Seraya itu juga, ingin benar dia melafazkan puisi indah istimewa buat HAZRIL BIN ADAM:

"Ku menerima dirimu bukan kerana status...
Bukan juga kerana kekayaanmu...
Tapi hatiku tertawan dengan kerendahan hatimu...
Keikhlasanmu, kejujuranmu...
Bagitu menyentuh hatiku...
Dan,itu membuatku tenang setiap masa...

Hadirmu memberi makna untuk ku...
Dirimu jua lah teman, kekasih dan bakal suami ku...
Sudilah kiranya menemani aku...
Singgah di dunia sementara...
Dan kekal abadi memimpin aku di sana kelak...

Ya Allah, kepadamu aku meminta...
Berkati, restui dan rahmati lah ukhuwwah ini......."

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home


David Archuleta widget by 6L & Daxii