Sutera Ganu Kita

Tuesday, October 17, 2006

Sunyi dan Sepi

Assalamualaikum,
Hari ni dah masuk Ramadhan ke-25, means pejam celik dah dekat benar nak raya...kejap sangat masa berlalu. Dan harini jugak, dah masuk hari ke-4 student cuti since the last day paper final exam sabtu lepas. Memang sunyi je kat kolej ni. Kalau tak, bising, dan nampak student di merata-rata. Best la diorang, boleh gak merasa cuti, kami ni perlu teruskan perjuangan bekerja mencari rezeki di bumi PTPL. Insya-Allah cuti gak kami2 ni dalam mingu depan. Kami pun nak beraya gak...oklah, setakat tu dulu...jumpa lagi di lain masa dan ketika...

Tuesday, October 10, 2006

Bz....


Assalamualaikum,
Lama tak nulih di blog ni, maklum la 2,3 hari ni bz sket..jaga exam pastu tanda paper student...alhamdulillah, semua dah settle tanda..dah hantar pun kat exam officer...alhamdulillah gak, sebab result student under kita semua lepas...lega amat sangat...macam yang dijangka, student yang kita target score, mmg score...memang itulah harga sebuah usaha yang tak berhenti2,kan? Orang yang berusaha, pastu tawakal banyak disertai doa yang ikhlas padaNya, pasti ganjarannya akan diberi setimpal dengan usaha itu...

Rasa2nya setakat tu la dulu untuk kali ni...untuk semua mentee (if ada yang terbaca blog ni), nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA..MAAF ZAHIR DAN BATIN...manalah tau, sepanjang menjadi mentor korang, i did any mistakes without i realize it..have a nice holiday!

Wednesday, October 04, 2006

Ramadhan with Mentor!





Assalamualaikum,
Semalam selamat la kami berbuka puasa di MAMA TOMYAM dengan jayanya. Walaupun mentee yang hadir separuh daripada jumlah keseluruhan, tapi kira ok la sebagai aktiviti mentoring bulan ni. Yang hadir tu 9 orang kesemuanya- Pian, Zack, Lie, Syuk, Hailsyam, Achik, Meri, Mira dan Ana. Jemputan khas mestilah Encik Sham. Thans a lot kat En. Syam sebab sudi mengangkut mente2 datang ke MAMA TOMYAM.

Buletin Lama..






Assalamualaikum,
Hari ni tetiba rasa nak fokus kat berita lama. Ni pasal English Week ari tu. Nak preview la skit gambar menarik masa event tu...

RAMADHAN AL-MUBARAK

SELAMAT DATANG RAMADHAN AL MUBARAK
Sejarah Ramadhan
1) Ramadhan: ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)
Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan * doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa. * juga doa pada sepertiga malam.
10)10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.
Amalan-amalan di bulan Ramadhan
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20) hadiri majlis ilmu
21) Buat baik pd ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pd suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar, bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39) Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Tunaikan zakat fitrah
Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)
1) Kepada Orang Tua Lemah Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/surau, ini sudah dikira beramal Al Qadar
2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang * Baca ayat akhir surah Al Baqarah * Baca ayat Kursi * Baca surah Yaasin * Baca surah Al Zalazah * Baca surah Al Qafirun * Baca surah Al Ikhlas
3) Bagi orang yamg kuat dan cergas * Bangunkan isteri dan anak * Mandi * Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan ) * Tarikh turunnya Al Quran * Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik
Cara Sambut Hari Raya
Jangan sekali2 disambut dgn hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan Pada petang akhir Ramadhan org2 yg meninggal(sudah mati) menangis kerana peluang untukberehat telah berakhir. Adalah di cadangkan semoga keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni. Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah sekali utk mereka Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua yg sudah meninggal,semoga nanti sampai giliran kita maka anak2 akan ingat kpd kita Takbir Di Malam Raya Takbir sebenarnya mempunyai cerita di sebaliknya. Mengikut riwayat,bermula dari peperangan Ahzab. Peperangan berlaku di dalam musim sejuk,kemudian Salman Al Farisi mencadangkan supaya di gali parit (Khandak) di akhirnya peperangan ini di beri pertolongan oleh Allah dan kemudian dirakamkan di dalam Takbir.Kesimpulanny a Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuh keberkatan,pengajar an, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgn amalan-amalan untuk mendekatkan diri kpd Allah dan hubungan sesama manusia. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya ia benar2 mengubah sikap yg baik dan seterusnya menjadi insan yg soleh/solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhan yang akan datang.*Doa utk menghilangkan baran, maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin....Rujuk kepada Surah Al-Anbiyakk ayat ke 69. Sebelum minum baca doa dan tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak, suami dll). Insyaallah cuba amalkan. Wallahua'llam. SELAMAT BERPUASA

Bukak Puasa!

Assalamualaikum,
Hari ni nak berbuka sama-sama ngan mentee. kalau ikutkan mentee ramai benor, tapi yang nak join petang ni ada la dalam 10 orang. Member ofis mate kita pun nak join, En. Syam la tu..tak kisah, lagipun dia ni dah kamcing dengan mente2 kita ni gak...oklah, nanti ade interesting picture, kita paste la kat sini yek...see u...

Monday, October 02, 2006

Excited!


Sedar tak sedar dah hantar 4 posting ni..maybe sebab excited sangat sebab dah ade blog sendiri. Takpelah, alang2 try, biar sampai puas hati, kan? Ni ada la bebrapa sekeping gambar yang diambik masa Kem Kecemerlangan hari tu...sesajer nak tunjuk member2 ofs mate kat sini.

Memory


Assalamualaikum,
Sedar tak sedar, nak habis dah semester ni...sekarang ni musim final student kat PTPLni. Dalam banyak-banyak hal, one thing i fel sad about..that's my 2 mentees- lee and Zack will be graduate this semester. Dalam kata lain, i am going to lost 2 mentees...a lot of memories with them actually...sedih, gembira, geram, marah semua ada....kenangan paling manis masa PTPL Idol hari tu...

Again

Assalamualaikum,
My first trying with blogs. Actually niat di hati dah lama gak nak buat blog sendiri tapi selalu jer tak sempat. Tapi hari ni, at last boleh jugak spend masa buat blog yang tak seberapa. Sebelum ni ada gak try buat, but sadly to say, dah lupa nama dia, so nak tak nak, i have o create another new blog. So tu jer lah for the first msg...assalamualaikum!


David Archuleta widget by 6L & Daxii