Sutera Ganu Kita

Tuesday, January 16, 2007

Jangan Berkuku Panjang...

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi. Jika kesemua jari-jemari kita berkuku panjang, bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut!!! Potonglah kuku anda.

The Truth Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya sebatang jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh ataupun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu yang diajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala!

Percayalah..... Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bankrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang. Untuk mereka-mereka yang masih bujang, beringatlah....

Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengar kata, pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah... And additional info, kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

Saturday, January 13, 2007

Sekitar Wedding ISam&Huda

Assalamualaikum,
Since ade request nak tgk gambo kawen si isam ngan huda, maka aku pun dengan baik hatinya dedicate stu post khas untuk memaparkan beberapa keping gambo yang diambik masa kenduri dia ari tu...so, take a look at those pic la!

NGan pengantin pompuan...















Ngan pengantin and amin





Friday, January 12, 2007

My 28th Besday....



Assalamualaikum,

Semalam pada 12 Januari 2007, maka aku dah genap berusia 28 tahun...rasa cepat nyer masa berlalu...erm, of course aku dapat gak wish drp beberapa orang yang aku sayangi..first wish dr x-mentee aku, si Zack..thanks a lot sebab ingat besday saya, pastu menyusul si Achik, also my mentee yang dapat full mark masa kuiz mentor-mentee...menyusul ialah si farider...siap ade lirik lagu besday lagik kat sms tu..thanks a lot my dear sis....after all, aku rasa hepi gak la sebab detik2 sedih yang pernah aku lalui dulu semakin berlalu pergi..aku harap kedatangan tahun 2007 membawa sinar ceria dalam hidup aku..and for sure, thanks to ALLAH for still giving me long life up to now...semoga dengan bertambahnya usia ku ini akan membuatkan aku bertambah dekat padaNya,insya-ALLAH...

Thursday, January 11, 2007

Sham kawen

Assalamualaikum...
Maka pada hari Khamis lepas selamat la en.sham bergelar suami orang...kenduri umah dia dibuat pada hari Sabtu, 6 Januari 2007...meriah kenduri umah dia..student pun ramai yang datang...jumpe ngan adik ipar, si huda..hehehe..memang padan sungguh dengan sham..sama2 cumel dan chubby....to sham, k.ju doakan kebahagiaan korang dunia akhirat..ingat, perjalanan korang baru bermula..semoga korang terus tabah menghadapi segala asam garam hidup berumahtangga..cheewah, nasihat org macam la aku ni dah kawen..hehehe...anyway, SELAMAT PENGANTIN BARU YE SHAM AND HUDA!!

Saturday, January 06, 2007

Hujan oh Hujan...

Assalamualaikum...

Hari ni menguji kesabaran jugak la...kelas kol 2-4 sepatutnya ade 2 ketul student tapi sorang habuk pun tak ader...mesti gara-gara hujan la nih...tapi yang agak konpius tu sebab 2 ketul student tu ade transport belaka...si hailsyam tu ade kereta, pastu si amir lak umah sewa dekat2 ni jer...kita ni punya la masuk kelas awal, sebab nak tepati masa (cheewah) tapi bila masuk lab, hampeh jer...

Citer pasal hujan sket la...tetiba jer ujan hari ni non-stop...kami kat dalam bilik guru tak tahu situasi kat luar till dengar ade kecoh2 kat level bawah...diorang kata air naik....semua motor yang diparking depan kolej dah kena alih sebab air dah lepasi hampir 3/4 tayar moto...tiba2 cuak la sebab rerasanya park kereta pagi tadi kat kawasan yang senang naik air gak..terus pi amik kunci, redah segala air yang dah sampai separuh betis tu...abih lencun la nampaknya, gi kat kereta..

Sangat bernasib baik la, sebabnya air dah naik lebih dari separuh tayar, dan kalau la lambat dalam 10 minit, rasa2nya sempatla air tu memasukkan dirinya ke dalam ekzos kereta ku...huhuhu...terus start enjin, alhamdulillah boleh lagi idup, then terus tawaf cari parking yang agak2 tinggi sket area dia...at last jumpa gak, tapi memang agak jauh la dari kolej..tak per la, asalkan selamat kekasih hatiku...dari parking kereta tu nak ke kolej, terasa jauh la pulak perjalanan dia...lenguh gak la bersenam...tapi kesimpulan dalam citer ni ialah, kekasih hatiku terselamat..alhamdulilah!

I am back...

Salam,
rasanya lama sangat dah aku tak update blog nih...bz sangat kot...ntah ler, tapi banyak mende happen lately, yang paling latest gi ANNUAL DINNER ari tu...for the !st time bawak pulak kekasih hati si TAM p KL tu....hehehe...alaa, dia pun nak gi jejalan gak...sian kat dia....before, dah try upload latest pic kat blog aku ni tapi macam ampess je sebab tak jadik...nanti la aku try lagik la buat....ok la, setakat tu dulu utk come back kali ni..


David Archuleta widget by 6L & Daxii