Sutera Ganu Kita

Thursday, August 13, 2009

Cinta Ini...

Assalamualaikum...
Lately suka benar layan lagu mak eti title Cinta Ini. Lirik dia punya maksud mendalam. Rasa pelik gak actually sebab sebelum ni memang tak pernah sangkut nak suka kat mana2 lagu mak eti ni...hehehehe...

Cinta Ini - Siti Nurhaliza

Betapa Engkau Menyintai
Agungkan Aku Bagai Seorang Puteri
Selalu Kau Puja Diriku Ini
Melayang Aku Tak Memijak Bumi

Namun Terkadang Ku Rasakan
Apakah Sikapmu Tak Berlebihan
Aku Wanita Tak Sempurna
Bukan Sekilaunya Batu Permata

Marilah Bersama
Jalani Cinta Kita Apa Adanya
Saling Mengerti Dan Sudi Menerima
Kita Manusia Biasa
Marilah Menjaga
Kesucian Cinta Rahmat Yang Kuasa
Saling Berpadu Hati Untuk Berdua
Dalam Dakapan Mesra

Nikmati Suka Berbagi Duka
Seiring Denganmu Aku Bahagia
Genggam Jemari Dan Berjanji
Setia Selamanya Sampai Akhir Nanti....

Sunday, August 09, 2009

070809...


Assalamualaikum...
Dengan rasminya pada jam 3.45 ptg, 7 Ogos 2009(agak2 la), maka aku dah bergelar tunang orang. Macam ni ke rasanya jadi tunang orang? Hehehe...

Ramai la pulak family belah dia yang datang, hampir full house jadinye. Belah aku takder la ramai sangat pun. Time sarung cincin adalah paling buat aku seram sejuk. Dah la kena ulang take dekat 10 kali. Hajat nak peluk bakal mak mertua pulak tak tercapai since mak gabrah and sempat cakap takyah la peeluk sebab dia bucuk...sempat jugak buat lawak tengah2 aku debor tahap GABAN tu...

Plan nak kawen? Insya-Allah akan cuba disegerakan. Aku pun tak nak pegang title tunang orang ni lelama sangat. Bak kata orang, alam bertunang ni darah manis. Kalau sempat, akhir tahun ni atau paling lewat by mac next year. Mende baik, jgn tangguh2,kan?

AKu tak rasa nak share pic majlis tunang kat sini, nanti over exposed pulak. Buat kawan2, doakan semoga kami berjaya mengharungi segala dugaan alam bertunang ni sebaiknye seterusnyer bahagia hingga akhir hayat kami dengan ikatan ijabkabul nanti, ameen.


David Archuleta widget by 6L & Daxii