Sutera Ganu Kita

Wednesday, July 30, 2008

Tutup Citer Lama...

Assalamualaikum...
So agak lama diam tak posting. Actually aku takder citer menarik nak share. Now, rasanya ade la latest story yang rasanya aku nak share kat blogku yang tercinta ni…


Ni regarding my posting’s result. Alhamdulilah, doaku termakbul bila aku mendapat posting di Terengganu. Aku rasa macam tak percaya pun ade at first tapi bila dah check 2,3 kali kat laman web www.emoe.gov.my tu memang sah, aku tak silap tengok. Cuma skarang ni blom tau exactly daerah and sekolah mana aku akan mengajar. Kalau ikutkan aku dan family, semua mengharapkan aku akan dihantar ke sekolah yang berhampiran, means nanti aku akan berulang alik jer la dr umah ke sekolah.

Then, 2 hari lepas gak dapat surat dari JPN. Mention kat surat tu, aku kena attend utk satu taklimat di sana pada 4 ogos depan. Masa taklimat tu nantilah akan diberitahu nama sekolah kami kena ngajar. Memandangkan nak tunggu tarikh tu macam lambat, maka semalam ayah aku pun call JPN, kot2 la pegawai kat sana boleh bagitahu mana tempat aku kena ngajar. Malangnya, pegawai tu kata dia takleh bagitahu. Memang menjadi rahsia till 4 ogos ni. Ayah aku tak putus asa, korek gak sedaya termampu. At last pegawai tu bagi lah sedikit hint atau gambaran penempatan posting untuk anak dia ni. Pegawai tu kata, ade 2 tempat yang mengalami kekurangan guru BI yang kritikal iaitu di daerah Kemaman dan Dungun. So, pada jangkaan dia, aku akan ditempatkan ke sana la. Kat kuala terengganu katanya, hanya ade 2 orang jer calon yang diperlukan. Pada masa yang sama, pegawai tu gak bagitahu, dalam kes penempatan ni, terlalu banyak penggunaan KABEL untuk mendapat posting di daerah yang dikehendaki sampaikan pihak JPN tak terlayan….

Lepas borak ngan org JPN, ayah aku bagitahu kat aku. Memang la at first aku hampa, even hampa sangat sebab niat aku nak dok dekat dengan family almost tak kesampaian. Lama gak aku termenung, then datang lak pakcik aku. Dia bagi semangat kat aku dan suruh aku pk positif. Dia suruh aku redha sebab dia yakin apa jua yang berlaku pasti ade hikmahnya. Mana tahu, penghijrahan aku ke tempat baru (samada Dungun@Kemaman) akan membawa seribu kebaikan yang tak aku nampak sekarang…lama gak berpk, then aku rasa lega dan rasa2nyer boleh terima hakikat…

So, aku rasa ari ni dah lega sket. Dah tak sedih macam semalam. Rasa macam excited dan tak sabar nak ke sana pun ada. Dan yang pasti, solat hajat padaNya tak lupa ku panjatkan buatNya agar aku mendapat kebaikan tak kira di mana jua aku berada. Juga, aku tak lupa nasihat dari pakcik aku supaya aku cari umah sewa (kalau takdir kuarters tak disediakan) yang dekat dengan surau/masjid. Maklum jer, bila jauh ngan family, bimbang iman tak kuat dan hanyut jer karang. Insya-Allah pesanan tu tak akan aku lupa. Memang itu jugak doa ku padaNya semoga aku istiqomah dalam menjadi muslimah solehah yang aku dambakan selama ini….moga aku akan ketemu bahagia dan damai di hati di tempat baru….tutup citer lama yang sedih, yang gundah dan yang menyesakkan dada…aku yakin, sinar BAHAGIA akan bersama aku nanti, insya-ALLAH….

Monday, July 21, 2008

Memori KPLI...

Assalamualaikum…
Erm, tetiber jer ari ni ni terimbas kembali kenangan masa mula2 masuk KPLI Julai lepas…kenangan pahit manis silih berganti….aku masih ingat jugak masa tu akulah manusia paling pendiam dan pemalu dalam kelas…bila time kena present, masa tu lah aku rasa macm nak pengsan pun ader sebab budak2 kelas aku bukan macam student aku kat *** dulu…semua dah tua2, ade laki orang, ade bapak orang..mahunya aku tak ketor dan nerbes!
Pastu, masa tu gak aku jer one and only yang bwk imej muslimah…ade yang kata aku ni macam ustazah sebab pakai tudung besar..dan tak kurang jugak yang heran naper aku tak ambik jer kursus syariah ke usuluddin ke masa blajo dulu sebab aku dikatakan sesuai dengan bidang2 tu…aku senyum jer setiap kali diajukan soalan2 tu…paling terkejut, diorang kata akulah manusia paling warak dan baik….baik??? aku jer yang tahu saper diri aku……
Then, masa buat aktiviti personality identification untuk subjek Educational Studies Puan haliza. Masa tu puan haliza mintak kami pilih mana2 budak kelas kami untuk menerima surat rahsia yang terkandung komen membina tentang orang tersebut…. Untuk aku, dapat la 5 surat kot…dari k.nini, emi, din, niza dan noremi…actually memang la diorang tak dibenarkan tulis nama mereka kat surat tu tapi aku cam diorang nyer handwrting…dalam banyak2 komen, paling aku takleh lupa ialah komen dari mi, dia tulis aku ni lemah lembut dan sesuai dibuat isteri, din lak kata aku ni pemalu dan tak banyak songeh, k.nini lak tulis aku ni jenis pendiam dan macam tak reti nak bergaul dengan orang lain, si niza tulis aku ni jenis yang take something terlalu serius, dan last ah skali dari emi, dia kata aku ni religious/pious person and very soft-hearted person……semua komen2 tu aku terima dengan hati yang terbuka…yelah, kalau orang tak tegur, kita pun tak tahu kita ni macam mana orgnyer, btol tak?
Pada aku, mana2 yang komen +ve, aku akan terima dan adapt…yang kurang elok, kena la buang…aku yakin, time goes by, aku akan secara perlahan2 ubah mana yang perlu dalam diri aku….yang penting, aku harap aku akan dapat terus kekalkan sifat muslimah dalam diriku ini……insya-ALLAH.
All Of Us...

Jejaka-jejaka 'macho' kelas BI...someone is missing...saper ekk??


Wanita-wanita jelita kelas BI...include me??? hehehe


David Archuleta widget by 6L & Daxii