16012009....
Assalamualaikum...
Tarikh apa tu?
Haa, kalau nak tau, itulah tarikh keramat aku pi jumpa bakal mak mertuaku (insya-ALLAH) di sebuah kampung yang amat jauh di hulu terengganu. Kalau ikutkan, cuak n bedebo tahap gaban gak nak g umah family dia ni...tapi kalau tak jumpa, macam tak kena. Yelah, si dia dah beria nak kenalkan aku ngan family dia, so rasa tak sedap hati pulak nak menolak.
Aku bertolak dr ceneh seawal jam 7.30 pagi. Dia janji nak tunggu aku kat bandar KB, then aku akan follow dia utk ke rumah dia.
Dalam kol 9.15 pagi sampai kat bandar KB tu, then terus follow dia. Mak aii, jauh nyer umah dia. Aku rasa dalam 20 minit gak dr KB tu. Dah lah perjalanannyer agak mencabar sebab banyak benau periuk api sepanjang perjalanan.
Bila nampak jer sign board kg dia, masa tu dah mula jantung berdegup kencang. Macam tak cayer pun ade yang aku nak gi umah dia. Masuk lorong kecik, then sampai la umah dia. Sunyi sepi jerk, macam takder orang. Umah dia still under construction. Rasa2nyer baru 20% siap, meaning to say, memang akan ambik masa gak la nak siap...lambat lagiii la bules kawen..uwaaaa...
Sampai kat tangga umah, dia panggil mak dia. Dia ajak aku naik. Then masuk dalam nampak la kelibat mak and adik pompuan dia. Very sempoi n humble macam 'pakcik' aku jugekkk la. Adik pompuan dia lak salam and cium tangan aku...ish, segan rasa. Aku pulak salam biasa jerk, tak tercium pulak tangan makcik tu sebab bedebau sangat kot,hehehehe.
Dalam 15 minit pertama, memang aku rasa janggal jerk. Takder idea jer nak cakap apa. Lagi aku kekok sebab si 'pakcik' aku pun ade sekali. Nyebok pulak dia dok sebelah aku. Nak dengar gak ker sesi 'interview' aku ngan mak dia.... ??
Then, adik dia buat air. Minum la gak sambil makan biskut kering. Tak lama pastu, macam paham kot, si 'pakcik' aku pun keluar. Time tu rasa lega sket and lawas sgt nak cakap n sembang ngan mak dia. Rancak sangat bercakap, tak sedor almost 2 jam dok borak..banyaknyerr idea aku...hahahaha. then, mak dia ajak makan tengahari dulu, tapi aku telah berjaya memberikan alasan yang logik iaitu aku kena balik cepat sebab nak attend kenduri umah kekanda ku di G.Badak...next time la, insya-ALLAH.
Kesimpulannya, mmg best la dapat kenal family dia. Sempoi n slumber mcm aku ni jugekk la... macam nak gi lagik jerk...(muka tak malu ler aku ni..ish2, anak saperr la nih??)
To Allah, i pray, give your bless in our relationship...ameen....

