Sutera Ganu Kita

Sunday, May 24, 2009

Nama dalam Bahasa JEPUN?

Assalamualaikum...
Dapat ni dari member. Tak tahu la boleh dipercayai ke idak. Tapi tak salah nak try rasanyer...

Try your name in Japanese
DON'T SPOIL THE FUN... PASS IT ON.. PLEASE...
A - ka B- tu C- mi D - te E - ku F - lu G - ji H - ri I - ki J - zu K - me L - ta M - rin N - to O -mo P - no Q - ke R - shi S - ari T -chi U - do V - ru W -mei X - na Y - fu Z - zi

Kalau nama aku ni akan jadik Zidotokakitoki, ish buruk nyerr bunyik dan ejaannyer....

Freshkan otak anda di kala Mengantuk....

Assalamualaikum...
Korang mesti biasa termengantuk esp time tengahari,kan? Apa kata korang layan freshment di bawah ni...mesti ilang korang nyer ngantuk la...gerenti!

Dalam Banyak2 air,air apa yg paling berani?
Ha.Ha. Ape bende tu? Kalau nak tahu,jawapannya ialah air kopi..takdelah jawapan yg sebenarnye ialah air terjun..sebab dia berani terjun!!!! Ha!!! Ha!!! Ha!!!!!

Banyak-banyak binatang...binatang apa keluar haid...
Nak tau cari sendiri...takdok eh..jwpn: kura-kura..ala tu pun tak tahu...keluar HEAD..saja buat lawak..tak paham jugak.ala kepala le..

Dlm 1 pertunjukkan. . seorg ahli silap mata tlh memijak kaca dgn tpk kakinya.. ttp dia x mengalami kelukaan..lalu dia memijak paku yg brtaburan..dan x luka juga..apabila selesai persembahan dia jln terhencut2 kerana terpijak tahi ayam...hehehe. .... ok x ... lawak x...

Dlm bnyk2 binatang.... . binatang ape yg bertelur dan beranak..... ?kira 2 alam la niiii.....ha jawap2....nak tau jawapanye... ?siput babi laaaaa.....ye la siput bertelur...babi beranak.... kenape,x percaye ye.....

Kalau anda ni semuanya pandaiiii cuba teka, banyak-banyak sungai,sungai apa yang paling berat?Jawapaaaaaaannya ialah Sungai Besi...Ha... ha...ha.. .lawak tak...alahhhh,lawaklah ye..

Kereta dengan motor, mana lebih tua? ha..jawablah. saya bagi 2 saat............. ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... .....1saat............ ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... .....2saat...
oklah jawapannya adalah motor,sebab motor pakai tongkat...MUAHAHAHA .....

Dlm banyak- banyak pokok, pokok apa yg baik hati?aku tak sanggup dah tengok sure hampa teriak. kuaq ayaq mataooo......jawapan dia pokok pisang sebab dia keluarkan jantung dia.

Ni dia satu lagi teka teki dari aku..huruf jawi apa yang ada angin...keh keh keh..jawab jgn tak jawab.. nak tau apa.huruf TA danYA laa...kan jadi TAYAR tu..HEHEHE

Nih aku nak teka ni...kasut apa yang paling keras??haa.. pikiaq2.. apa?kasut batu..salah maa.. kasut BATA laaaa...muhahaha. .lawak ka????

Sebuah bas telah berhenti secara mendadak kerana hampir terlanggar seekor katak.apakah yang akan turun dahulu selepas pemandu itu berhenti? jawapannya ialah meter bas tulah..

Antara huruf A hingga Z,banyak-banyak huruf tu..mane huruf yang boleh kahwin ..ahhh sape dapat jawab???? senang jer...tahu tak jawapannya?aahh jawapannya ialah...huruf i ngan u lerrr..hehehehehe. nih antara pasangan bercinta lerrr .hehehehe

Kalau korang pandai math, 5 orang cina tolak 3 orang india , jadi apa? orang india tu jatuh lah.... keh keh keh!!!

Ada 3 biji limau kendian di bahagi kepada 3 bahagian..lepas tu dibagi pulak pada 3 org..baper seorang dapat ?...kes kes kes kes korang mesti lemah IQ kan..jawapannya sorang dapat sebiji limau ler..sbb sama gak ko potong atau tak hehehhe mesti dapat sorang sebiji.

Ok aku nak tanya hampa. benda apa kalau naik tak turun dah?kui..kui..kui jwpn dia umuq la.ish...ish. ..ish hampa ni

Murid1:Cikgu, Sungai seget di mana?.
Cikgu: .....(Diam jer).
Murid2: Ha, kau balik rumah nanti kau pergi tanya mak kau.Ajak pergi bercuti sekali kat sana. Bila dirumah.
Murid1: Emak!Sungai seget kat mana?Jom kita gi ercuti!.
Emak: Palahotakko! Sape yang nak cuti kat tepi parit tu! (Sungai seget tu kat JB. Sape yang dok JB tau la kat mana sungai seget tu)

Seorang pemandu teksi terkejut besar apabila dicuit oleh penumpangnya dari belakang lantas memberi amaran supaya tidak melakukan demikian lagi. Katanya ini adalah hari pertama beliau memandu teksi setelah 30 tahun jadi driver kereta jenazah... faham faham aje lah.

Cuba teka, mouse komputer , jantan ke betina? jawapannye betina ler..pasal dia pakai pad.hehe.

Ada sekor gajah dan sekor kancil, berjalan2 dalam hutan. Suatu ketika, mereka terjumpa sebuah titi. Semasa kancil menaiki titi tersebut, titi tersebut runtuh. Kancil telah patah kaki. Gajah pula patah....... .. Gajah patah apa rasanya ya???? Gajah PATAH BALIK kot!

Dalam banyak banyak lembu,lembu apa yang semua petani cari,(any answer?).... ......... ......... ......... ......... ....... lembu yang hilang lah ngok. kalau tak hilang siapa lah ada masa nak kisah pasal lembu.

Hidupan apa di dalam laut paling tua. jawapannya udang sebab dia sudah bongkok dan berjanggut.. ha--ha--ha- -ha--

Cube teke ye benda apa apabila kita berdiri dia baring, bila kita baring dia berdiri..... ..? Jawab2 jangan tak jawab. Ape? tak tahu jawapannye la senang je jawapannye tapak kaki la......

Banyak2 ikan, ikan apa yang pemalu... jawapan nyer: ikan sardin.sebab nyer dier duduk dlm tin..

ANDAIKATA ANDA TERJUMPA MAYAT MANUSIA DAN BANGKAI HAIWAN YANG MANA SATU ANDA PERLU TUTUP DAHULU?JAWAB. .JAWAB JGN TAK JAWAB..DUA-DUA. .SALAHLA. . TAK TAHU..TENTULAH HIDUNG..

APAKAH BENDA YANG KITA POTONG IA TETAP AKAN PANJANG? HAA JAWAPANYA MESTILAH KACANG PANJANG KAN. TAKKANLAH DAH POTONG KITA KENA PANGGIL KACANG PENDEK TAK SESUAI TAU.

Saturday, May 23, 2009

Murid Tak Boleh Pakai...

Assalamualaikum...
Sekadar lawak isi masa terluang..hehehe

Seorang guru meninggalkan kelasnya beberapa minit untuk ke tandas....Ketika dia kembali ke kelas, dia sangat terkejut kerana semua muridnya sangat diam dan bersopan..tidak seperti biasa jika dia masukke dalam kelas tersebut, murid-muridnya pasti sedang bising dan bermain.

Lalu guru itu berkata..."Selama saya mengajar awak semua... tidak pernah pulak saya melihatkeaadan ini. Ini sangat menghairankan... boleh sesiapa tolongberitahu.. apa sebenarnya yang terjadi?? guru itu bertanya dalam keadaan seperti hendak pitam...

Tiba-tiba.. salah seorang muridnya bangun dan berkata.."sebab... cikgu pernah kata dulu... jika cikgu dapat melihat kamisemua diam dan bersopan cikgu akan mati terkejut.... ha ha ha"sambil memerhatikan gurunya jatuh ke lantai.. dan kelas kembali bising macam biasa...

Risiko Sebuah Perkahwinan?

Assalamualaikum...
Dapat artikel from a friend of mine. Very interesting utk saper2 yang dah kawen atau bakal kawen mcm aku ni..hehehe

Sudah bertemu pasangan idaman untuk melayari kehidupan bersama?

Sememangnya banyak yang perlu difikirkan sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan sebuah mahligai bahagia. Anda harus menyediakan diri dengan banyak perkara.

Mengenangkan semua perkara itulah, mungkin ramai yang masih belum berani berkahwin walaupun sudah bertahun-tahun menjalin hubungan atas nama cinta.

Seperti kata bijak pandai, cinta sering menguji kekuatan diri dan emosi. Ia adalah perasaan untuk disayangi. Kasih sayang yang menjadi dasar untuk menguji sedalam mana cinta itu sememangnya senang pudar andai tidak bijak membajainya.

Bahkan, percayalah cinta tidak semestinya di putaran teratas tetapi akan berada di bawah apabila tiba masanya. Jika di bawah, jangan cepat berputus asa, berusaha untuk menaikkannya semula kerana anda sudah memilih jalan itu.

Apa sekalipun, mungkin perkara berikut elok direnung untuk lebih yakin dengan pilihan hati:

# Ada alasan kukuh berkahwin

Perkara paling utama ialah keyakinan diri. Oleh itu, yakinkan diri tujuan anda harus mendirikan rumah tangga. Apa yang ingin diperoleh daripada perkahwinan?

Apa kesannya pada diri anda, pasangan dan keluarga masing-masing? Jika jawapannya masih belum dapat anda pastikan, ataupun alasannya belum lagi realistik, lebih baik tunda dulu niat sehingga anda benar-benar yakin.

# Harus sedia berkongsi

Anda harus menerima kenyataan bahawa situasi tinggal bersama berbeza dengan tinggal sendiri. Semuanya harus dikongsi. Bukan sekadar berkongsi bilik atau almari tetapi juga berkongsi waktu, perhatian, seks, kewangan dan emosi.

# Sedia untuk sakit hati

Segala tindakan dan perbuatan pasti mempunyai risiko. Begitu juga dengan mengambil keputusan untuk berkahwin. Perkahwinan akan membuka perihal diri masing-masing baik secara zahir mahupun batin.

Jika sudah memutuskan untuk berkahwin bererti anda harus sedia menerima risiko paling buruk mengenai sikap pasangan anda.

# Sedia untuk berfikiran terbuka

Masalah selalu ada, bila-bila dan di mana saja. Ada kalanya permasalahan timbul untuk memperbaiki kualiti hubungan anda. Oleh itu, lebih baik jika anda selalu sedia membuka diri untuk bertukar fikiran dengan pasangan supaya hubungan emosi tetap terjalin.

# Sedia untuk kompromi

Punya agenda, pendapat atau prinsip sendiri memang boleh tetapi ingat pasangan anda. Dia juga mempunyai pendapat dan keinginan yang mungkin berbeza. Maka, meningkatkan diri untuk bertoleransi dan saling menghargai adalah sesuatu yang amat digalakkan.

# Sedia menerima malu

Anda tentu mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih pasangan. Tetapi, seburuk apapun sifat dan perilaku pasangan anda di mata orang, dia adalah pilihan anda. Oleh itu, anda harus berani dan sedia untuk malu bagi menjaga kehormatan masing-masing.

# Soal anak

Selepas mendirikan rumah tangga, kehadiran anak amat dinanti untuk menyerikan kehidupan. Tetapi secara sedar atau tidak, anak dapat mempengaruhi hubungan dan kehidupan rumah tangga.

Bagaimanapun, kehadiran anak adalah kurniaan Tuhan. Lalu, bersikap rasional dalam masalah adalah lebih baik. Anda tidak harus mengurangkan waktu untuk berdua ketika ada atau tanpa anak sekalipun.

# Sedia untuk berpisah

Di dunia ini tidak ada yang abadi. Berkahwin adalah cara untuk menyatukan dua hati yang berbeza dan membina sebuah mahligai bahagia.

Namun dalam keadaan tertentu, terlalu sukar untuk mempertahankan kebahagiaan itu. Cara yang terbaik adalah dengan berpisah. Ketika anda melafazkan akad, anda harus menyedari ada salam perpisahan jika tidak seiringan.

Sunday, May 17, 2009

Happy Teacher's Day...

Assalamualaikum...
16 May dah berlalu.Memandangkan tarikh tersebut jatuh pada hari sabtu, maka sekolahku tercinta telah decide nak celebrate teacher's day by today.

Seronok giler this year sebab feel as a teacher btol2 terasa since aku dah jadi CIKGU REAL. Last year masa celebrate kat SK Taman Midah, aku just practicum teacher. Hadiah pun dapat tak banyak walaupun student skolah tu ramai (aku bukan cikgu glemer kot, huhuhu).

Kat SKCB2 ni, walaupun kecik nyer skul, tapi dapat hadiah unexpected gak. Yg paling terharu bila cikgu PSS, si Aida kata aku adalah cikgu paling fofular di kalangan student yang bagi request floower PSS sebab dapat paling banyak rose request tu. Ye ke? Glemer gak aku ni ekk....hehehehe...

Penat nak bebel banyak dalam blog ni. Aku nak tempek pic yg cun2 ni jer kat sini sebagai kenangan sambut Hari Guru yang best di sini.

Dengan GENG satu kepala..Ct and Intan

Backdrop hasil kerja aku dan rakan2 yang incharge bahagian ni..cun tak?

P/S: Tak berjaya nak tempek banyak pic sebab server lembep tahap siput la arini...huhuhu

Festival Nasyid+Camping...

Assalamualaikum..
Aku dah terMISS nak update buletin kat SKCB2 include yg festival nasyid and camping yang diadakan last month kot...

Aku jadi guru pengiring since aku ni suka berjalan...ye ker? Hehehe...takder la, memang kebetulan that weekend aku tak balik kg, so ustazah k.shimah mintak tolong aku la ngantor bebudak tu. Ok la gak daripada aku dok melahu tak tahu nak buat apa kat umah sewa tercenta aku tu,kan?

So, ni ade a few nicce pic aku sempat snap masa festival tu. Dapat no. baper? Tak dapat adiah grand pun, sekadar penyertaan. Yang penting nak grab experience kat budak2 tu.

Second event kat sekolah aku ialah camping badan beruniform. Camping buat kat padang sekolah yang dijoin oleh budak2 year 4-6.

Camping :Masa aktiviti jungle treking


Festival Nasyid:Peserta nasyid ngan guru2 jelita pengiring..:)

Saturday, May 02, 2009

PadaMu ku Bersujud...

Assalamualaikum...
Pertama kali dengar lagu AFGAN ni masa nengok drama kat tv. Masa tu tak tahu pulak si mamat AFGAN yang nyanyi cuma dah terdetik rasa suka sebab lagu ni berunsur ketuhanan. So, last week dengan bantuan adinda ku di kg, maka dia dah masukkan lagu ni dalam pendrive aku. Lepas ni boleh layan lagu ni dalam kereta pulak guna modulater aku tu...syahdu habis dengar suara AFGAN nyanyi lagu ni...

PADAMU KU BERSUJUD

Ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa kulihat
selain hanya namaMu, ya Allah

Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari
segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud

Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari
segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud
padaMu


David Archuleta widget by 6L & Daxii